JENIS DAN KATEGORI EMAS

Salam Sayang semua,
YERK..! GIGI EMAS YOU!!!!ANDA SANGGUP?
Nak citer ape ek hari ni….hurmm…ok..saya nak citer sket pasal jenis dan kategori emas…ni pasal emas yang kita pakai tu ler..termasuklah gigi emas yg atuk/nenek kita pakai dulu-dulu…Pisang Emas???? He3 pisang emas best untuk dimakan jer ler..ikan emas pon sama.. cina suka bela ikan emas..tapi kalau ikan dibuat dari emas.. tu kayo namanye  ae..


Ok, maklumat atau info ni saya dapat hasil dari pembacaan dan pengalaman semenjak dok bebaik ngan tokey emas skg ni…tapi kebanyakannya hasil dari pembacaanlah..


Mungkin kebanyakan daripada peminat emas/pelabur emas semua dah tau pasal ni, tapi as a beginner, atau sesapa saja yang hanya beli emas untuk dipakai mungkin maklumat ini berguna untuk anda. Jadi korang layanz jer ler ek..salah silap harap dimaafkan..

Kalau kita pegi kat kedai-kedai emas mesti kita dapat tengok “time table”  yang ditulis dan digantung disudut mana-mana penjuru kedai kan, camni hah.. penah tengokkan..?

999 Gold : RM198.00/gm
916 Gold : RM 187.00/gm
835 Gold : RM 171.00/gm
750 Gold : RM153.00/gm
375 Gold : RM 84.00/gm
Sumber FGJAM –  Harga pada 23 Dis 2011

Hah..meh nak story sket…Emas pada kebiasaannya di kenali dalam nilai karat yang juga merujuk kepada ketulenan emas seperti  berikut: 
  • Emas 24K ( Karat)  atau dikenali sebagai emas 999, Peratus ketulinan = 99.9% kalau kat Kelantan lebih dikenali sebagai “Emas Sepuluh” 
  • Emas 23K ,  atau emas 950. Peratus ketulenan = 95 %.
  • Emas 22K  atau emas 916, Peratus ketulenan = 91.6 %-ni biasa kita jumpa kat kedai2 emas spt Poh Kong/Poh San/ Habib Jewell, SentuhanSofea Gem & Jewellry (he3 masuk jugak nama kedai aku..-  Promote …)
  • Emas 21 K atau emas 875, Peratus Ketulenan = 87.5%
  • Emas 20K atau emas 835, Peratus Ketulenan = 83.5%
  • Emas 18K atau emas 750, Peratus Ketulenan = 75%- kebiasaannya emas ini diapnggil emas paun. Dan sesuai dibuat perhiasan yang mempunyai batu permata terutamanya berlian. Emas ini lebih keras.
  • Emas 14K atau emas 585, peratus ketulenan = 58.5% - kalau mak saya dia panggil emas ni emas penang (org Penang jangan mare aah) sebab warna dia dah nak kemerahan seperti  warna tembaga. Ada jugak yang panggil emas campur. Emas ini diminati oleh org tua2 dulu kala. Sekarang pon masih ada. dan saya sendiri pun memiliki beberapa set perhiasan dari emas 585 nak gadai n nak jual tak berapa laku- cina ambik murah..sangat elok ler simpan untuk dipakai.
  • Emas 10K – peratus campuran emas = 41.7%- saya tak dapat maklumat yg tepat pasal emas ini. Cuma yg saya tahu emas ini dah nak pegi ke emas suasa sebab campuran emasnya dah semakin kurang
  • Emas 9K atau emas 375 , campuran emas =37.5%-  emas ini diapnggil emas suasa kebiasaannya dibuat cincin untuk lelaki.
Dan tahukah anda bahawa emas bukan hanya bewarna kuning (gold) semata-mata. Emas boleh dibuat dalam warna merah, kuning, hijau (Emas warna hijau ni , sayapon tak penah tengok lagi, tapi kalau batu jed tu penah ler tengok- Kat negara Luar  mungkin ada, cuma kat Malaysia ni, kita jarang nak menerima emas selain dari warna yg besa kita jumpa). Warna emas yang berlainan ini adalah  bergantung kepada logam kedua yang dicampur dalam pembuatan emas ini. Satu lagi emas warna Putih..yg ni korang semua tahukan…skg ni famous dengan design emas 916 disadur emas putih…

Walaubagaimanapun, hanya emas 999 /24K dan emas 916/22K yang banyak terdapat dipasaran. Manakala  emas 916 adalah emas yang digunakan untuk buat barang kemas atau jewellery
Emas 24 k atau 999.9 peratus emas tulen jarang  dijadikan barang kemas kerana ia lembut  jika dibandingkan dengan emas 22k  atau 916.6 halus dan mengandungi sejumlah kecil perak atau tembaga untuk membantu dalam kekerasan.  kalau zaman dulu emas 999.9 (emas sepuluh) susuah dan sukar kita jumpa dalam bentuk gelang tangan atau rantai. Namun sekarang berdasarkan kecanggihan dan kemodenan teknologi, perkara tersebut tidak mustahil lagi. Malah kebelakangan ini trend terkini (2011) saya dapati banyak syarikat/pelabur emas menggunakan emas 999.9 untuk membuat jewellry samada dalam bentuk gelang atau rantai kebiasaannya dalam gram yang tinggi sebagai pelaburan menggunakan sistem Ar-Rahnu.
Bongkah Emas Putih- gambar ambik dari Tenet

Cincin Ni pon ambik dari tenet...emas warna merah
Ok. Setakat ini sahaja, diharap info yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali jenis-jenis emas . Jumpa lagi.. jika nak beli barangan kemas 916 atau nak buat pelaburan emas 999.9 ..jangan lupa hubungi saya... ye..cau..cincau..



2 comments:

Unknown said...

apa efek pada cincin sekiranya asal emas kuning. dan disadur rose gold dan disadur semula emas kuning.?

Rusdy said...

MAY375 grem14

Post a Comment