JENIS DAN KATEGORI EMAS

Salam Sayang semua,
YERK..! GIGI EMAS YOU!!!!ANDA SANGGUP?
Nak citer ape ek hari ni….hurmm…ok..saya nak citer sket pasal jenis dan kategori emas…ni pasal emas yang kita pakai tu ler..termasuklah gigi emas yg atuk/nenek kita pakai dulu-dulu…Pisang Emas???? He3 pisang emas best untuk dimakan jer ler..ikan emas pon sama.. cina suka bela ikan emas..tapi kalau ikan dibuat dari emas.. tu kayo namanye  ae..


Ok, maklumat atau info ni saya dapat hasil dari pembacaan dan pengalaman semenjak dok bebaik ngan tokey emas skg ni…tapi kebanyakannya hasil dari pembacaanlah..


Mungkin kebanyakan daripada peminat emas/pelabur emas semua dah tau pasal ni, tapi as a beginner, atau sesapa saja yang hanya beli emas untuk dipakai mungkin maklumat ini berguna untuk anda. Jadi korang layanz jer ler ek..salah silap harap dimaafkan..

Kalau kita pegi kat kedai-kedai emas mesti kita dapat tengok “time table”  yang ditulis dan digantung disudut mana-mana penjuru kedai kan, camni hah.. penah tengokkan..?

999 Gold : RM198.00/gm
916 Gold : RM 187.00/gm
835 Gold : RM 171.00/gm
750 Gold : RM153.00/gm
375 Gold : RM 84.00/gm
Sumber FGJAM –  Harga pada 23 Dis 2011

Hah..meh nak story sket…Emas pada kebiasaannya di kenali dalam nilai karat yang juga merujuk kepada ketulenan emas seperti  berikut: 
  • Emas 24K ( Karat)  atau dikenali sebagai emas 999, Peratus ketulinan = 99.9% kalau kat Kelantan lebih dikenali sebagai “Emas Sepuluh” 
  • Emas 23K ,  atau emas 950. Peratus ketulenan = 95 %.
  • Emas 22K  atau emas 916, Peratus ketulenan = 91.6 %-ni biasa kita jumpa kat kedai2 emas spt Poh Kong/Poh San/ Habib Jewell, SentuhanSofea Gem & Jewellry (he3 masuk jugak nama kedai aku..-  Promote …)
  • Emas 21 K atau emas 875, Peratus Ketulenan = 87.5%
  • Emas 20K atau emas 835, Peratus Ketulenan = 83.5%
  • Emas 18K atau emas 750, Peratus Ketulenan = 75%- kebiasaannya emas ini diapnggil emas paun. Dan sesuai dibuat perhiasan yang mempunyai batu permata terutamanya berlian. Emas ini lebih keras.
  • Emas 14K atau emas 585, peratus ketulenan = 58.5% - kalau mak saya dia panggil emas ni emas penang (org Penang jangan mare aah) sebab warna dia dah nak kemerahan seperti  warna tembaga. Ada jugak yang panggil emas campur. Emas ini diminati oleh org tua2 dulu kala. Sekarang pon masih ada. dan saya sendiri pun memiliki beberapa set perhiasan dari emas 585 nak gadai n nak jual tak berapa laku- cina ambik murah..sangat elok ler simpan untuk dipakai.
  • Emas 10K – peratus campuran emas = 41.7%- saya tak dapat maklumat yg tepat pasal emas ini. Cuma yg saya tahu emas ini dah nak pegi ke emas suasa sebab campuran emasnya dah semakin kurang
  • Emas 9K atau emas 375 , campuran emas =37.5%-  emas ini diapnggil emas suasa kebiasaannya dibuat cincin untuk lelaki.
Dan tahukah anda bahawa emas bukan hanya bewarna kuning (gold) semata-mata. Emas boleh dibuat dalam warna merah, kuning, hijau (Emas warna hijau ni , sayapon tak penah tengok lagi, tapi kalau batu jed tu penah ler tengok- Kat negara Luar  mungkin ada, cuma kat Malaysia ni, kita jarang nak menerima emas selain dari warna yg besa kita jumpa). Warna emas yang berlainan ini adalah  bergantung kepada logam kedua yang dicampur dalam pembuatan emas ini. Satu lagi emas warna Putih..yg ni korang semua tahukan…skg ni famous dengan design emas 916 disadur emas putih…

Walaubagaimanapun, hanya emas 999 /24K dan emas 916/22K yang banyak terdapat dipasaran. Manakala  emas 916 adalah emas yang digunakan untuk buat barang kemas atau jewellery
Emas 24 k atau 999.9 peratus emas tulen jarang  dijadikan barang kemas kerana ia lembut  jika dibandingkan dengan emas 22k  atau 916.6 halus dan mengandungi sejumlah kecil perak atau tembaga untuk membantu dalam kekerasan.  kalau zaman dulu emas 999.9 (emas sepuluh) susuah dan sukar kita jumpa dalam bentuk gelang tangan atau rantai. Namun sekarang berdasarkan kecanggihan dan kemodenan teknologi, perkara tersebut tidak mustahil lagi. Malah kebelakangan ini trend terkini (2011) saya dapati banyak syarikat/pelabur emas menggunakan emas 999.9 untuk membuat jewellry samada dalam bentuk gelang atau rantai kebiasaannya dalam gram yang tinggi sebagai pelaburan menggunakan sistem Ar-Rahnu.
Bongkah Emas Putih- gambar ambik dari Tenet

Cincin Ni pon ambik dari tenet...emas warna merah
Ok. Setakat ini sahaja, diharap info yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali jenis-jenis emas . Jumpa lagi.. jika nak beli barangan kemas 916 atau nak buat pelaburan emas 999.9 ..jangan lupa hubungi saya... ye..cau..cincau..



AKHIRNYA..........

Salam semua!

Setelah hampir setahun lebih membuat analisa tentang emas, samada sebagai Pelabur, Pembeli, Penjual ataupon ejen...akhirnya aku mengambil keputusan nekad untuk menjadi seorang EJEN PELABURAN EMAS  BAGI SYARIKAT GREENWEALTH RESOURCES.... 

Wei!! emas nieh bila kita start berjinak ngan dia...fuh..terasa aura dan semangatnya yg semacam jer menjalar lam tubuh badan aku.. manataknyer...hari2 asyik dok pikir emas..jer..bercakap sikit jer aku mesti relatekan ngan emas...tambahan plak org kata org kelantan nieh memang minat emas.. woit..aku org kelantan ker? macam kebetulanlah plak perkara ni. Tapikan sebenarnya org kelantan ker, org sarawak ker, sabah ke kedah ker, johor ker, kalau mmg dia dah minat tu minat jugak tak semestinya kelantan jer kan,,..citer pasal aku ngan emas ni sebenarnya dah lama..aku dari kecik agi dah kenal emas ni... masa umur 17thn aku dah kenal pajak gadai dah.. cuma masa tu konsep menggadai emas aku dengan konsep menggadai emas sekarang berbeza...dulu gadai sebab nak pakai duit..skg gadai untuk perniagaan. tapikan.. kalau ingat kisah aku ngan pajak gadai nieh.. nak tergelak pon ader, bangga pon ader. korang nak tau tak..meh aku kongsikan kat cni..

He3 bagi aku gelak dululah..masa tu aku ada seutas rantai.. mak aku yg bagi . Mak aku mmg hantu emas..asal ada duit jer..tak kiralah duit hasil jahit ker, jual kuih ker..dia akan simpan..bila kitaorang mintak "ma..nak duit..dia akan kata..hish...aku nak simpan buat beli rantai nieh.." sampailah skg perangai mak aku nieh.. masih lagi camtu.. nntlah aku nak educate dia ngan pelaburan plak..ha3 yo-yo o jer aku ni ek. Ohwh..sowilah..melalut dari citer asal lak. ok..nak dijadi citer..aku nak ikut kawan pi amik tusyen luar..maklumlah nak spm kene tusen awal sikit..rajin aku dulu..nak regeister kene bayar dulu yuran dia..alah dulu RM45.00 agak mahal bagi aku..kalau sekarang RM45.00 tu bersamaan ngan RM250.kot kan.... entah macamana terlintas kat kepala otak aku ni nak gadai rantai tu...akupon tak ingat..mcmana aku boleh tahu..kalau gadai leh dapat duit..sapa yg ajar aku masa tu ek..?  kebetulan plak masa tu ada Arrahnu pertama di kelantan di Kota Bharu..ingat lagi aku masa tu Arrahnu tu sebelah ngan Syarikat Buku Osman Muda..aku pon negan nekadnyer masuk dalam Arrahnu... tanya org camner nak buat, masa tu aku perasan ramai org nengok aku..aku ingat sebab aku ni cantik sangat kot masa tu.. (he3 perasan). aku pon ngan confidentnyer isi borang..tunggu dipanggil...

Sampai giliran aku..kerani kaunter tu pon panggil aku..kerani tu tanya nak letak apa..aku hulur rantai aku kat dia..dia pon mintak IC aku..lepas aku bagi tu..dia tengok aku atas bawah..lepas tu dia kata kat aku.."dik , tokleh gadai brg ni?" bakpo kak?  adik maghi ngan sapo nieh? sorang. aku jawab..  mok ayoh tau dok adik nok gadai nieh? dok!..bakpo plok kak..aku rasa semacam jer kakak nieh..apahal lah plak....bakpo plak kak... rantai saya tu emas kan..bakpo dokleh gadai plak..aku dah mcm nok marah dah..berdebar pon  ader.. org kat dalam tu..dok pandang kat aku..adoi..kakak ni.., bakpo kak tanya aku lagi... adik tok cukup umur lagi ni sebagai penggadai..dia mesti 18tahun ke atas.....ohw.. yer ker?..he3 sowilah kak..hu3..malu pon ader..frust pon ader...hampeh tollah kakak ni..mesti org ingat aku ni curi barang mak aku nieh..kecik-kecik dah pandai masuk pajak..org kat dalam tu..yg asyik dok pandang aku geleng kepala...nengok aku...hu3..padan muka aku.. tapikan bila kenang balik..lucu plak jadinyer..dah lah aku perasan aku ni lawa sbb org dalam tu asyik dok pandang aku jer.. ropenyer depa heran..kecik-kecik dah masuk pajak..tah aper lam kepala dorang kan masa tu..tapi apapon..itulah pengalaman aku dengan pajak gadai..tak sangka plak hari ni pajak gadai dah jadi satu cabang perniagaan,...dan akhirnya aku pon dah masuk dalam bidang ini. as s begginner...for This comming New Year..2012.. Semoga usaha aku akan mendapat keredhaan Allah..amin..

Since aku dah jadi Ejen Emas ni, Sesape berminat nak tahu pasal emas.. apa2 saja berkaitan emas samada nak pakai, nak buat duit, nak jual, harga emas semasa boleh hubungi  di 019-2601899 atau visit my blog di cni

Berdasarkan pakar-pakar analisa emas (Aku baru lagi- tgh berlajar untuk jadi seperti mereka- InsyaAllah), sepanjang tahun ini kenaikan harga emas adalah 28.8% (sumber dari satu blog emas gak tapi aku tak ingat dah nama dia..cari balik dah tak jumpa artikel pasal analisa ini..tuan blog yg berkenaan mohon maaf ek..minta izin guna analisa kamu untuk share disini, nnt lau  dah jumpa artikel tu aku akan linkkan kat cni.)

Adoh apa lagi nak masuk kat artikel ni ek...dah buntu dah... nnt lah sambung agik...citer aku dan emas ni.. doakanlah semoga hasrat dan azamku sempena nak tahun baru ni (2012) berjaya dan suksess.. dan doaku juga untuk kamu semua diluar sana semoga berjaya.

Jom pakat beli Emas..Emas tengah turun harga skg..masa yg baik untuk membeli!!! caranya akan saya citerkan. just call or sms...

Semoga jumpa lagi.. jom kita Tengok Produk Keluaran Green Wealth Resources (GWR)..layanz..


Dinar Emas Sebagai hantaran Kahwin..kawan-kawan yg nak kawen hujung tahun ni..leh lah booked

Dinar Emas 917 GWR- Depan dan Belakang..cantek kan?

Yah!!! Bunga Emas  sebagai  Hadia Kahwin ataupon  untuk Corporat Gift

Duit USA - Nape Tak RM (bank Negara tak kasi buat)
Juga sebagai Corporat Gift

Brochure GWR



Gelang Tangan 999- 50gram  With Box

PAMP Suisse

Gelang Tangan GWR 100Gram -999 Pandangan Depan

Gelang Tangan GWR 100Gram -999 Pandangan Belakang

Tokey GWR- Muda lagi ek....Mahal nieh..he3- jgn mare boss!

Semasa Pameran
Brochure GWR- Muka Depan


USA -Corporate Gift

Gold Bar GWR-999

Dah Diframe ikut kehendak customer

One Asia Gold Certificate 4 produk GWR

Cantik kan- Kellass Gitu..

Kellas U!!!! apa Lagi...Silalah booked